Hisashi Iwakuma (岩隈 久志, Iwakuma Hisashi, lahir 12 April 1981) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai
pelempar. Beliau pernah bermain untuk pasukan
Osaka Kintetsu Buffaloes di
Nippon Professional Baseball (NPB) dari tahun 2000 hingga 2004, seterusnya untuk pasukan
Tohoku Rakuten Golden Eagles dari tahun 2005 hingga 2011 serta
Yomiuri Giants pada tahun 2019. Karier beliau di
Major League Baseball (MLB) pula ialah pada tahun 2012 hingga 2017 apabila beliau mewakili pasukan
Seattle Mariners. Iwakuma mengumumkan persaraan pada 2020 disebabkan masalah kecederaan bahu dialaminya yang telah menghalangnya bermain pada tahun tersebut.Iwakuma melakukan kemunculan sulungnya untuk Buffaloes pada 2000. Beliau disenaraikan ke dalam pasukan
NPB All-Star pada 2003 dan 2004 serta beraksi di
Sukan Olimpik 2004. Beliau kemudiannya menyertai Eagles pada 2005. and played in the
2004 Athens Olympics. Sebagai
ace pasukan, Iwakuma dinobatkan sebagai pemenang
Anugerah Eiji Sawamura pada 2008 dan layak sebagai pemain NPB All-Star pada tahun yang sama. Beliau juga tampil mewakili
pasukan kebangsaan Jepun di kejohanan
World Baseball Classic 2009.Iwakuma menyertai MLB selepas musim 2010 melalui
posting system tetapi beliau gagal mencapai persetujuan dengan pembida. Selepas musim 2011, beliau menyertai Mariners. Beliau telah tampil dalam acara
MLB All-Star pada tahun 2013 serta menduduki tempat ketiga bagi Anugerah Cy Young American League 2013.Pada 12 Ogos 2015, Iwakuma menjadi pemain Jepun kedua yang beraksi
tanpa pukulan di MLB (selepas
Hideo Nomo, yang berhasil mencapainya sebanyak dua kali), dengan menyaksikan tiga walk, tujuh strikeout dalam aksi kemenangan 3-0 ke atas pasukan
Baltimore Orioles di
Safeco Field.
[1] Perlawanan ini juga merupakan perlawanan sempurna MLB pertama beliau dan perlawanan kelima tanpa pukulan pasukan lawan dalam sejarah Mariners.